MANUSIA

Manusia
Kau hidup kalau x komplen satu hari memang x sah
Kau x rimas hari-hari asyik dan asyik mencari kesalahan orang lain
Tetapi xpernah kau gali kesalahan diri kau sendiri

Manusia
Kau xjemu memalukan orang lain dengan acah2 nasihat kau
Yang kau rasa kau dah cukup angkuh dan riak dengan segala kebaikan yang kau miliki
Tapi xpernah kau cermin diri mencari kejelikan hati

Manusia
Kau seringkali xpernah berasa bersyukur dengan segala kurniaan yang kau miliki
Apa lagi yang kau mahu? 
Anak2. Menantu. Cucu. Rumah besar. Kereta mewah
Semua xcukup bagi kau
Kau rasa resah
Kau rasa gelisah dengan semuanya
Serba x kena
Kerna apa?
Hati kau

Manusia 
Hati kau
Hati kau terlalu kotor
Tiap hari menjamah daging manusia lain
Mengadu domba
Menabur fitnah
Namun kau xpernah rasa puas
Kepuasan sementara bila kau memuji diri kau lebih baik dari segalanya didunia
Kau cr lagi kesalahan demi kesalahan
Untuk kau tunjuk bahawa itu salah dan salah dimata kau

Manusia 
Buanglah segala yang negatif 
Jangan sampai ganyut menjadi barah
Kelak memakan diri
Ya kerna itu akan menjadi sebati
Buanglah dari muda
Kerna bila tua
Hanya menunggu usia
Kubur panggil mari
Kau bawa sekali dosa berkoyan kau kepada manusia
Yang makan hati dengan sikap kau yang mementingkan diri
Tahniah

Manusia
Insaflah
Taubatlah
Bukan hanya perkataan dimulut
Tapi ikhlas dari hati
Tulus kepada Ilahi



Scorpio Warrior

Comments

Popular Posts